Thursday, September 20, 2012

:: Berakhir dan Bermula ::

Assalamualaikum.. :)

Hari ni daa hari Jumaat.. Alhamdulillah, masih bernafas dengan sihat dan kuat (mcm iklan milo plak..) hehe.. Awal-awal pagi tadi dah diajukan soalan.. "mcm mane perasaan bakal pengantin?" hahahaha.. Perasaan yang mcm biasa, tapi yang luar biasanye, tiap-tiap ari keje nak berangan je...wahaha.. pantang dengor lagu romantik ke..tgk drama ke.. nak berangan sokmo..ekekekek.. 

Tak dapat nak tipu laa.. setiap hari dalam hidup seorang bakal pengantin pasti dilalui dengan perasaan yang bercampur baur.. Bkn je berdebar-debar untuk menempuh chapter baru dalam hidup, tapi pada aku.. ade 1 perasaan yang membuat aku tertanya, "sudah bersediakah aku menjadi seorang isteri??" (ehh..serius sngt laa plak ayat) klisheeeee!!!

Bak kata mak aku, alaaa..kawen tu seronok laa.. bukan kena kawen paksa..ekekekek.. Dengor je cmtu, baru laa semangat ckett..hehe.. Kalau nak ikutkan kata housemate aku yang turut menghitung hari nak teetttttt tu.. aku ade 1 lagi Jumaat utk bergelar bujang.. Jumaat yang seterusnya daa jadi bini orang..hahaha (mcm tu pnye countdown pon ade keee..hehe) 

Sebenarnya, berniat nak mengarang ari ni..bukan nak ckp psl preparation n persiapan bagai.. (same jelaa tu..haha) tapi saje nak mendedikasikan karangan ini untuk si dia yang berjaya menambat hatiku.. ececececehhh..
Pernahkan kita terfikir dulu yang bakal suami atau suami kita sekarang ni akan jadi teman hidup kita? Kalau semua orang tahu jodoh die, xdelaa kita buang masa kecewa putus cinta bagai ye tak? haha.. Mcm tu jgk laa aku dan bakal suami.. siapa laa yang sangka akhirnya kami bole memilih utk berkongsi hidup bersama (daa kuar ayat drama samarinda..)  



gambar hiasan..hehehe

Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Yang kita patot buat adalah bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang insan yang InsyaAllah bakal menjaga kita sepanjang hidupnya..  :)

Khas buat bakal suamiku,

Terima kasih untuk semua masa, pengorbanan dan kenangan yang dikongsi sepanjang perkenalan kita.. 
Terima kasih juga kerana menjadikan aku seorang teman, sahabat, kekasih dan memilih untuk dijadikan seorang isteri..
Terima kasih kerana telah banyak membantu pada setiap perkara yang tak mampu aku lakukan dan mendoakan aku..
Terima kasih kerana menerima aku seadanya dan menyempurnakan kehidupanku.
Maafkan aku andai kamu menemui kekuranganku..
Semoga aku dapat menjadi yang sempurna seperti kamu yang cuba untuk menjadi sempurna buatku..
Moga Allah memberkati dirimu walau di mana kamu berada dan semoga setiap langkahmu akan dipermudahkan jalannya..


Dan aku harapkan kamu adalah jodoh yang terbaik dari Allah s.w.t untukku, kerana aku tahu kamu mampu menjadi suami yang terbaik buat isterimu ini nanti.. InsyaAllah.. :)

Kehidupan 'baru' kami akan bermula tak lama lagi.. Mudah-mudahan, setiap dugaan yang datang akan dapat ditempuhi dengan penuh kekuatan.. Semoga segala-gala yang dirancang akan dipermudahkan dan diberkati..

Di kesempatan ini, utk semua kwn2.. 
Jemput datang ke majlis kami :

Walimatul Urus Neeza dan Shahrul
6 Oktober 2012
Dewan Raya Kulai, Kg Melayu, Kulaijaya Johor

:)