Sunday, October 9, 2011

Tunangan orang.. aku kah itu?

Hye semua.. :)


Alhamdulillah.. akhirnye aku telah pon kini bergelar 'tunangan orang' (cam gedik benor je bunyik) ekekekekekek.. Perasaannye same je cm time belum btunang kot.. tp ade ckit la bbeze (td kata same,ni beza plak..mne yg btol ni neeza..hehehe) 


Actually, tak tau laa nak tafsirkan perasaan tu mcm mne.. happy tu 4 sure la ade.. 8 Oktober 2011 tarikh pertunangan aku..baru je kelmarin.. Agak lucu la melihat beberapa gambar pertunangan yang diambil oleh kgkawan n photographer.. Aku kah itu?? hahahaha


Teringin plak nak bcerita dari awal lebih2 lagi tentang persiapan hingga tiba ke hari kejadian..hehehe.. Semangatnye rase bila balik je ke umah pelamin da ciap.. Sesungguhnya,mmg sangat perfect la pada aku..daa sngt2 menepati citarasa.. biarlaa org laen nk ckp xcantik ke,xgrand ke.. aahhhhh..u ols pnye suka la okies..yg penting, aku sngt bpuas ati.. Ni mini pelamin dari Izad Wedding Gallery.. kat kulai, bridal ni laaa yg pling pemes..hehehe.. nak tgk tak pelaminnnye? ni die...




Haaaaa..comei tak? hehehehe.. Hari berikutnya iaitu sehari sebelum hari kejadian..mmg sngt busy.. kesana kemari laa aku dr pg smpai petang.. uruskan mcm2 hal.. petang tu jgk, incik2 canopy dtg utk pasang khemah.. dorang tu smua mgelarkan diri sbg P3 canopy.. hehehe.. mmg kagum kerana mereka cume bkeje 3 org je.. tp hasilnye mmg superb.. Mereka jgk sahabat aku dari sejak sekola menengah..kirenya ni kwn tolong kwn la kan..hehehe.. Alhamdulillah.. mmg rezeki mereka.. dan juge rezeki aku sbb ade kwn seperti mereka..:)


Sesungguhnya, yang paling kelakar adalah aku sendiri tak menyangka yang akhirnya aku sendiri akan merasai pengalaman seperti ini.. Maklumlaa..dulu, aku selalu fikir..semua ni tak akn berlaku dalam masa terdekat.. mungkin jauh lagi.. aku baru je melihat satu gambar yang diambil oleh photographer kami, Incik Alan Nazari.. dan aku tergelak melihat gambar ini.. Aku kah itu?? hahahaha
Apepun,semuanya telah selamat dan sempurna.. Neeza kini adalah tunang kepada Shahrul Afenddie.. agk janggal mendengar die menyebut kepada rakan2nya, 'aku kuar dgn tunang aku ni..' waaahhhhh..rase sngt tharu..hehehehehe.. Mesti korang ade yg nak tengok pic pertunangan aku kan? (perasannnnnyeeee aku..huhu)  
Sebenarnye,pic2 tu belum ciap lg..masih ade dlm simpanan photographer.. so,xdpt la aku tunjuk kat korang..hehehe.. jangan risau, aku msti update entry baru sbaik je dpt pic2 tu semua ye..:)


Aku berharap semoga pertunangan ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.. Sesungguhnya, hati ini tersangat laa mencintai die.. :)





Wednesday, October 5, 2011

Indahnya Sebuah Hubungan





“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.

Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti. Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan. Tapi silapnya pada masa kini, fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.

Menurut konsep pertunangan dalam Islam yang sebenarnya, sesebuah pasangan perlu bertunang terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan lebih rapat dengan pilihan hati mereka. Ia tidak lain adalah untuk menjaga kesucian sebuah perhubungan agar diredhai oleh Allah. Namun, yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Selepas berkenalan dengan pasangan masing-masing dan berpuas hati dengan sikap, perangai dan tingkah laku barulah mereka mengikat tali pertunangan. Ia sekadar menjadi petanda seseorang itu sudah mempunyai pemilik.

Bertunang tiada bezanya dengan bercinta. Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan, maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan dan pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat, jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.
Bertunang juga adalah tempoh pasangan saling mempelajari dan menambahkan lagi ilmu rumah tangga. Semasa bertunang kurangkanlah masa bersama kerana dikatakan tempoh ini syaitan sangat suka mendekati. Dan sentiasalah berdoa semoga jodoh ini berkekalan hingga ke syurga.
Jika kita menjaga hubungan kerana Allah maka Dia juga akan memelihara hubungan kita.